timez is running out...

whosz...??

Free Web Counters
Free Counter

Monday, December 28, 2009

T_T..WaRkaH teRakHiR..

Assalamualaikum...dah lamer x on9 n update blog nie...4 some reason..
aq terpaksa banyak kali gak rr tangguh nak update blog nie...

Tahun 2009 masih tinggal 2 hari saja lagi untuk dinikmati kita bersama...kerana selepas ini tidak munggkin kita akan lalui 2009 yang sama sekali lagi....not a chance 4 us 2 get it....

Tahun ini merupakan tahun yang aq sendiri lalui dengan penuh suka dan duka samada bersendirian ataupun bersama sahabat2 seperjuangan yang lain....memori ku 2009..:-

Pada bulan 4/09..seorang murabbiku telah meninggal kan generasi ke-15 buat selama-lamanya
bagi meneruskan perjuangan mencapai cita-cita kami sendiri dan juga impian beliau sendiri.
Kami generasi ke-15 MA'HAD ATTARBIYAH AL-ISLAMIYAH berjanji kepada beliau untuk terus berpegang teguh dengan segala apa yang telah dicurahkan oleh beliau.
AL-FATIHAH buat allahyarhamah UMI HALIMATON.


Pada bulan 7/09..generasi ke-15 sekali lagi dikejutkan dengan berita kehilangan seorang lagi murabbi buat selama-lamanya dan turut meninggalkan amanat yang berat untuk dipikul oleh kami generasi 15.Beliau meninggalkan kami dengan keadaan yang masih memikirkan tentang pelajaran dan keadaan kami.Insya'allah kami akan sentiasa memperjuangkan amanat yang telah diberi.
AL-FATIHAH buat allahyarham SIR GHAZALI.

Pada bulan 8/09..aq telah dikejutkan pula dengan berita kematian nenek saudaraku y telah aq anggap seperti nenek sendiri kerana beliau telah bersusah payah menjagaku ketika kecil.Aq akan sentiasa berada bersama beliau ketika abah dan umi ku pergi berjuang mecari rezeki buat keluarga.Beliau telah menjaga aq seperti mana beliau menjaga anak beliau sendiri.Aq akan sentiasa mengingati segala pengorbanan beliau kepadaku.Selamat tinggal dan assalamualaikum ku ucapkan buat kali terakhir.T_T

Satu-satu nya memori indah pada tahun 2009 ini.Pada tanggal 20/09/2009,semua umat ISLAM menyambut hari lebaran dan sudah tentu aq juga.Tapi aq raikan lebih ckit sebab malam raya pertama aq disurprise an oleh sumer ahli family besar aq dengan menyambut ary ulang tahun kelahiranku yang ke-17.^_^.Aq sangat bersyukor kepada Mu Ya ALLAH kerana masih memberikan kepadaku nikmat kehidupan untuk dirasai.

Pada bulan 11/09..aq telah melalui saat2 perjuangan untuk menentukan masa depanku.Aq telah tempuhinya dengan sahabat-sahabat seperjuangan ku iaitu kelahiran 1992 dan juga kepada yang lompat tahun dan turun tahun.Pada ketika ini juga aq merasai buat pertama kali menyambut hari raya di sekolah dan berjauhan daripada keluarga.Aq memulakan SPM ini dengan kertas Bahasa Melayu dan diakhiri dengan kertas Pendidikan Syariah Islamiyah.


Akhirnya tahun 2009 telah pun berakhir dan dengan rasmi nya juga tamat sudah zaman persekolahan buatku.Aq akan pasti merindui saat-saat alam persekolahan meskipun dahulu aq sentiasa merasa kebosanan..hehe..>.<..diharap aq tidak akan melupakan semua sahabat-sahabat seperjuangan ku dan juga yang mengenali MUHAMMAD AIZAT NOR AZMI ini.Sekian buat tahun 2009..Assalamualaikum dan adiyos..

p/s:warkah terakhir bkn mksod nyer dh nk off blog nie...juz kata2 trakhir wat 2009.>.<

Tuesday, December 15, 2009

Tuesday, December 1, 2009

KaeDaH MeraiH KEBAHAGIAAN

Bersabarlah, kerana sesungguhnya Allah
akan mengiringi kesusahan dengan kemudahan
Mudah-mudahan kesusahan itu akan lenyap segera...Insya'Allah..

"Kehidupan yang bahagia adalah seni keindahan yang memiliki pelbagai kaedah, antaranya:
1. Melakukan pekerjaan yang anda sukai. bila pekerjaan yang anda sukai itu sukar diperolehi, maka isikanlah hobi anda pada saat-saat waktu terluang.

2. Perhatikanlah kesihatan fizikal, kerana sesungguhnya kesihatan fizikal adalah jiwa kebahagiaan, iaitu dengan mengatur rutin makan dan minum tanpa berlebihan, membiasakan olahraga dan menjauhi kebiasaan buruk dan merugikan.

3. Harus memiliki tujuan dalam hidup, kerana itu yang akan membuatnya bersemangat.

4. Menjalani kehidupan apa adanya dan menerima baik yang manis mahupun yang pahit dengan hati yang lapang dan ikhlas.

5. Hayati hidup yang sedang dijalani; jangan menyesali hal yang sudah berlalu; dan jangan pula memusingkan hari esok yang belum tiba.

6. Hendaklah selalu berfikir dalam kerja dan mengambil keputusan yang terbaik. Jangan menyalahkan orang lain atas keputusan-keputusan anda dan atas sesuatu yang kadangkala menimpa anda.

7. Sentiasa memandang orang yang berada di bawah anda.

8. Biasakanlah diri anda untuk murah dengan senyuman, berjiwa periang dan berteman dengan orang-orang yang optimis dan memiliki ketaqwaan kepada Allah.

9. Membantu orang lain dalam kebahagiaan agar mendapatkan harumnya kebahagiaan daripadanya.

10. Pergunakanlah berbagai kesempatan yang cerah lagi indah dan anggaplah itu sebagai terminal yang sangat penting untuk kebahagiaan

"NIKMATILAH HARIMU DAN BERSUNGGUH-SUNGGUHLAH.
CARILAH SESUATU YANG DAPAT MENCERAHKAN PENDERITAAN
SEBELUM PENDERITAAN ITU DATANG MENYERANGMU."

Sunday, November 22, 2009

SPM CANDIDATE

Assalamualaikum..
skunk aq ngah melalui bulan pekse spm..
so sory kalo x update sumtin y interest tok korng..
insya'allah lps pekse aq kc update y terbaik..

SPM CANDIDATEZ RA034 D059

Monday, November 16, 2009

JANGAN MENGELUH

Kita selalu bertanya dan Al-Quran sudah menjawabnya...
Kita bertanya: Kenapa aku diuji?
Al-Quran menjawab: "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan
" kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya
Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka
sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan
sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta"
SURAH AL-ANKABUT, ayat 2-3

Kita bertanya: Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?
Al-Quran menjawab: " Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan
boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
SURAH AL-BAQARAH, ayat 216.

Kita bertanya: Kenapa ujian seberat ini?
Al-Quran menjawab: "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya"
SURAH AL-BAQARAH, ayat 286.

Kita bertanya: Kenapa kita rasa frust?
Al-Quran menjawab: " Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,
padahal kamu kamulah orang-orang yang tinggi darjatnya, jika kamu
orang-orang yang beriman."
SURAH ALI ILMRAN, ayat 139.

Kita bertanya: Bagaimana harus aku menghadapinya?
Al-Quran menjawab: " Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan
mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat
berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk."
SURAH AL-BAQARAH, ayat 45.

Kita bertanya: Kepada siapa aku berharap?
Al-Quran menjawab: " Cukuplah Allah bagimu, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya
kepada kepadaNya aku bertawakal."
SURAH AT-TAUBAH, ayat 129.

Kita bertanya: Apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?
Al-Quran menjawab: '" Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri
dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka."
SURAH AT-TAUBAH, ayat 111.

Kita berkata: Aku TAK TAHAN!
Al-Quran menjawab: '.....dan janganlah kamu berpurus asa daripada rahmat Allah.
Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kamu
yang kafir."
SURAH YUSUF, ayat 12.

Kita berkata: Sampai bila aku akan merana begini?
Al-Quran menjawab: " Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan."
SURAH AL-INSYIRAH, ayat 5.


JANGAN MENGELUH!!=)..KERANA SETIAP UJIAN PASTI ADA HIKMAH DISEBALIKNYA...BACALAH AL-QURAN BAGI MENDAPATKAN KETENANGAN...MAAFKAN SESAMA INSAN PASTI HADIR KETENANGAN...

Sunday, November 15, 2009

PENENTUAN MASA HADAPAN

Assalamualaikum...
warkah kali ini merupakan warkah terakhir sebelum aku menduduki peperiksaan awam yang wajib bagi semua TINGKATAN 5.Disini,aku ingin menghulurkan 10 jari aku nie kat semua orang dan mintak ampun,mintak maaf kalo diri ku yang lemah ini telah melakukan kesalahan kepada sahabat-sahabat sekalian yang mengenali diri ini.Aku juga insan yang lemah yang sering melakukan kesalan-"Setiap Bani Adam Pasti Melakukan Kesalan,Dan Sebaik-baik Mereka Adalah Yang Segera Bertaubat".

Aku juga nak mintak halal makan minum aku daripada semua orang.Untuk pengetahuan semua,diri ku ini masih belum begitu bersedia untuk menghadapi peperiksaan tersebut tetapi aku mohon kepada semua untuk doa kan aku supaya sentiasa tabah,sabar dalam menghadapi SPM ini nanti dan tidak lupa juga untuk mendoakan ke sucessan aku..

Salam perpisahan untuk bulan SPM.

p/s:Aku doakan untuk korang semua jugak supaya sucess n gud luck in da SPM.

Thursday, October 29, 2009

-TANGGUNGJAWAB INSAN YANG BERIMAN-

"Sesiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka dia hendaklah menegah kemungkaran itu dengan tangannya, iaitu kuasanya. Jika tidak mampu, hendaklah ditegah dengan lidahnya. Kemudian kalau tidak mampu juga, hendaklah ditegah dengan hatinya. itilah selemah-le\mah IMAN"

Orang Islam hendaklah mempunyai tanggungjawab terhadap kaum muslimin, persekitaran dan alam ciptaan Allah Subhanahu wa Ta'ala ini. Tanggungjawab yang dimaksudkan ialah: Apabila melihat suatu kemungkaran, penganiayaan dan sebagainya maka hendaklah ia mengambil inisiatif untuk menghalang atau menghentikannya.

1. Mengubah atau menghalang kerosakan dan kezaliman dengan kekuatan hanya dapat
dilakukan oleh yang lebih kuat dari orang yang melakukan kemungkaran itu. Maka, orang
selalu menafsirkan cara ini hanya sesuai dilaksanakan oleh insan yang berkuasa dan kental
jiwanya.

2. Mengubah atau menghalang dengan kata-kata (lisan) pun tidak semua orang mampu
melakukannyadapat. Cara ini tentu hanya dapat dilakukan oleh orang yang mempunyai ilmu
pengetahuan dan keupayaan bercakap tentang perkara yang berlaku. Maka, orang sering
mengatakan cara dan pendekatan ini lebih sesuai dilaksanakan oleh alim ulama, cerdik
pandai dan orang-orang bijaksana.

3. Berdiam diri sambil membenci keadaan yang berlaku adalah pendekatan yang paling rendah
dan lemah. Namun, ini juga mendatangkan pahala, walaupun tidak sama dengan pahala yang
pertama dan yang kedua. Justeru, cara ketiga ini disebut oleh Rasulullah S.A.W sebagai cara
yang dilakukan oleh orang yang lemah IMANnya.

7 DOSA BESAR:-
1. Menyekutukan Allah
2. Melakukan sihir
3. Membunuh orang
4. Memakan harta anak yatim
5. Memakan hasil riba
6. Lari dari tengah-tengah pertempuran
7. Menuduh wanita baik-baik berzina

Thursday, October 22, 2009

"KeJaYaaN pERLu Ku KeCaPi"

Assalamualaikum...

-SPM 2009-

Setiap insan menginginkan KEJAYAAN yang CEMERLANG buat diri mereka termasuklah aku..tiap hari pasti ada badai yang melanda diriku namun aku akan tetap menjadi INSAN YANG TABAH bagi menempuh badai ini..aku tidak akan pernah luntur dan patah semangat dek kekalutan duniawi..semangat yang kental perlu ku sematkan dalam diri bagi menangkis segala permasalahan yang mendatang...Lantaran itu, sahabat amat bermakna buat diriku untuk memberi dorongan dan semangat agar aku senantiasa BERUSAHA dengan gigih bagi meraih KEJAYAAN yang CEMERLANG..moga 1 hari nanti aku menjadi INSAN yang CEMERLANG dalam semua aspek(mulia rohani,baik jasmani)..KEJAYAAN amat bermakna buat diriku dan hadiah paling berharga buat ummi dan abah yang banyak berkorban untuk aku...............

Sahabat-sahabat.......Nabi Bersabda yang bermaksud:
" Barang siapa yang inginkan kejayaan di dunia, hendaklah dia BERILMU. Barang siapa yang inginkan kejayaan di akhirat, hendaklah dia BERILMU. Dan barang siapa yang inginkan kejayaan di dunia dan di akhirat, hendaklah dia BERILMU"

Buat sahabat-sahabat seperjuangan sama-samalah kita berjuang bagi mengecapi KEJAYAAN yang cemerlang...!!!

Ku titipkan rahsia disebalik nama ku bagi mencapai kejayaan....
A : AMANAH dalam setiap perkara yang ku lakukan
I : IKHLAS & ISTIQAMAH ketika menuntut ilmu dan beribadah
Z : ZUHUD dalam semua perkara
A : AKAL YANG CERDIK ketika menimba ilmu
T : TAWAKAL & DOA perkara terakhir ku lakukan setelah berusaha....

"DOA SENJATA UMAT ISLAM"

Ibn Abbas r.a. meriwayatkan:
" Peliharalah Allah, kamu akan mendapati-Nya di hadapanmu. Apabila kamu meminta sesuatu, mintalah daripada Allah dan apabila kamu meminta pertolongan maka mintalah daripada Allah dan ketahuilah sesungguhnya jika seluruh umat berkumpul untuk memberi manfaat kepadamu dengan sesuatu, mereka tidak dapat memberi manfaat apa-apa pun melainkan dengan apa yang telah ditulis (ditetapkan) oleh Allah untukmu dan sekiranya mereka berkumpul untuk memudaratkanmu dengan sesuatu apa pun, mereka tidak dapat memudaratkanmu melainkan dengan apa yang telah ditulis oleh Allah S.W.T "

Saturday, September 19, 2009

SaLam LeBaRan

Assalamualaikum sahabat sekalian...apa khabar cuti nie...al-Mubarak dah sampai ke penghujung tapi hamba nak tnyer ckit kat sumer...ader improvement iman msing2...kalo ader alhamdulillah...tapi kalo x der..istighfar balik n muhasabah lar blik diri msing2 kerana Allah ada berfirman barangsiapa yang masuk ke dlm bulan Ramadhan dan apabila keluar tanpa pengampunan daripada Allah..celakalah mereka..Insya'allah.
Alhamdulillah dan insya'allah kita sebagai umat islam akan menyambut hari kemenangan selepas berjaya menempuhi bulan yang penuh barakah dengan penuh ketaqwaan insya'allah pada tanggal 20-sept-2009(dan juga bersamaan dengan tarikh ulang tahun kelahiran hamba..:P)..pada tahun ini hamba akan menyambut hari penuh kesyukuran ini di kampung hamba di Terengganu..(ganu kiter..kiter tngok telor penyu..penyu nangis tengok telor nyer kner amek..hee)..spatut nya taun nie giliran family hamba pulang beraya di Perak..chorr..tp disebabkan beberapa kesulitan...abah hamba yang pintar akal nya akhirnya membuat keputusan untuk pulang menyambut Hari Lebaran di Terengganu ini..Dengan ini hamba akhiri post kali ini dengan ucapan SELAMAT HARI AIDILFITRI..dan jangan luper tok solat raye ek...kepada sesaper y umah nyer/kg kat ganu mai larr umoh d Pasir Panjang,Kuala Ganu.


Monday, August 31, 2009

MATRI

Assalamualaikum...tmbhn post u ary nie adlh mngenai saat2 yang makin singkat untuk hamba pulang ke pusat tarbiyah kembali..hamba rasa sdih ada,gembira pon ada..Hamba sdih sebab x puas lagi rasenyer melalui bulan Ramadhan ini bersama keluarga tercinta dan hamba berasa gembira pula disebabkan tidak sabar rasanya untuk pulang ke MATRI untuk bertemu kembali sahabat seperjuangan dan juga tidak sabar untuk menerima kembali tarbiyah y diberikan oleh para pendidik di MATRI.^_^
Hamba akan bertolak dari Kuala Lumpur dengan menaiki bas transional bersama dengan seorang lagi sahabat hamba,Izzat Sabri tepat pada pukul 11 malam dari stesen hentian Duta dan akan tiba di hentian Kangar pada keesokan harinya dan akan bersahur di perhentian R&R ketika dalam perjalanan.Mnkin coretan ini adalah yang terakhir sebelum hamba pulang ke MATRI dan Insya'allah akan disambung kembali pada cuti akan datang iaitu ketika umat Islam hendak menyambut hari kemenangan iaitu Hari Raya Aidilfitri.Moga sahabat dan sahibah sekalian sentiasa ingat pada Yang Maha Esa dan senantiasalah bermuhasabah kembali diri ini.Salam sayang untuk semua dan mintak doa kan hamba supaya berjaya di dunia dan akhirat dalam menempuh segala ujian Allah.adios.Assalamualaikum Warahmatullah.

MERDEKA!

Assalamualaikum sumer..
per kabor n shat x sumer....
Ary nie adlh ary y brsejarah...ALHAMDULILLAH..yaayyy..MERDEKA.!!
tnggl 31 ogos 1957 detik bersejarah dimana Tunku Abdul Rahman telah melaungkan MERDEKA sbnyk 7 kali sbgi tanda bahwa negara kita sudah bebas drpd jajahan barat dngn rasminya.Taun nie kter smbut ary kmerdekaan dngn pnuh kesyukuran coz taun nie kter smbut dlm bulan RAMADHAN yang penuh dngn keberkatan nie..
Disini ingin hamba bertanya kepada sahabat n sahibah sekalian..apakah erti sebenar kemerdekaan disisi ISLAM?..Bagi kiter y memahami ISLAM sepatutnya memahami erti kemerdekaan dari sudut pandangan Islam....Mari kiter renungkan satu sirah RASULULLAH S.A.W ketika peristiwa pembukaan kota Mekah..

Peristiwa ini berlaku apabila Rasulullah mendapat wahyu drpd Allah untuk pulang ke Mekah dan membebaskan Mekah drpd orang kafir Quraish..Rasulullah beserta para sahabat baginda telah dan segerombolan muhajirin dan ansr ke Mekah untuk menunaikan Haji.Tetapi berlaku satu peristiwa y menyebabkan umat Islam telah mengepung Mekah dari setiap penjuru dan masuk ke Mekah secara serentak.Umat Islam tidak mendapat tentangan langsung daripada orang kafir Quraish dan masuk secara mudah.Umat Islam msuk ke Mekah dengan penuh tawadu' dan bersyukur kepada Allah kerana akhirnya Islam telah diterima di Mekah.Rasulullah telah mengarahkan kepada semua umat Islam untuk menghancurkan semua berhala yang ada disekeliling Ka'bah.Rasulullah juga telah mengampunkan segala dosa penduduk kafir Mekah yang telah menganiaya Rasulullah suatu ketika dahulu.

Daripada sirah tersebut..dapat lah kita mengambil sedikit iktibar dan pengajaran yang dapat diterapkan dalam kehidupan kita seprti menyambut hari kebebasan kota Mekah dengan penuh tawadu' dan syukur kepada Yang Maha ESA.Dengan itu,hamba menyeru kepada semua untuk menyambut hari y bersejarah bg negara MALAYSIA dengan rasa penuh kesyukuran Allah kerana masih lagi diberikan kesejahteraan dan keamanan kepada MALAYSIA.
Mungkin itu sahaja tinta pesanan yang dapat dikongsikan bersama pada petang yang berbahagia ini.Assalamualaikum.

Thursday, August 20, 2009

upDateZ

Assalamualaikum sumer...
insanyangikhlas.blogspot sdang di access n updatez.
mntk maap di atas sbrng kesulitan yang d'hadapi.
Ceria slalu k..n senantiasalah mnjadi seorang
INSAN YANG IKHLAS

Wednesday, August 19, 2009

HARI INI

Assalamualaikum...
Sempena pada cuti kali..
ingin ana berkongsi sedikit pengalaman..

Pengalaman Menempuhi
Percubaan SPM

Selama 3 minngu yang lepas..ana telah menempuhi ujian dunia yang menguji manusia dalam erti mencari ilmu sebagai penerang jalan menuju kejayaan dunia dan akhirat.Hari pertama trial adalah hari yang paling memecah kan otak ana sebagai pelajar yang mengambil mata pelajaran BAHASA ARAB TINGGI sebagai salah satu daripada subjek wajib yang perlu dipelajari di sekolah MATRI.Bahasa Arab pada hakikatnya mudah dipelajari...tetapi bagi ana..menjadi satu masalah ketika menjawab soalan kerana tidak faham dengan apa yang di soalkan..hehe..Y_Y
(mntk saper y terer BA leh r ajar ek)


Hari2 berikut nya ana lalui dengan bertawakal kepada ALLAH selepas berusaha..(tapi ana usaha skit jer..)..Kertas terakhir yang ana duduki bagi trial SPM ini adalah sujek feveret tapi terdapat sedikit kesulitan ketika menjawab..hehe..tau subjek per...FIZIK pada tarikh 17/8/2009 dan pada petang itu juga ana terus pulang ke KL dengan menaiki tren(sbb x thn dh..hehe)..

Ok..habis pasal trial..kiter msuk lak plan tok cuti kali nie...

Ana bercadang untuk mengadakan reunion bersama teman2 seperjuangan ketika di sekolah rendah agama dahulu bersama Ustazah tersayang iaitu Ustazah Nor Diana..(x der gmbr.sory.).Ana bercadang untuk membuat program berbuka puasa bersama2 untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara kami kerana sudah 5 tahun berpisah membawa haluan masing2 menuntut ilmu.

Nie baru plan n x sure lg jd ke x..hehe..harap2 jd r ek..Doa kan bersama ek..

p/s:puasa pd hari sab2 nie dngn tarikh 22/8/2009 kalo x slap.Mari berdoa..
Allahumma bariklana fi rejab wa syaban wa balighna ramadha.
(mntk ampun kalo slap eja)

Ok..moga brada dlm keadaan shat2 slalu..
Assalamualaikum.


Tuesday, August 18, 2009

KELUHAN SEORANG STUDENT..T_T

Assalamualaikum..hmm...
lmer tol dh x update blog nie...
kali nie nyer post mungkin perconal ckit..
juz nk luah kan per y terbuku kat aty nie slamer hamba jd ostel student in 5 years nie..

"SABAR ITU SEBAHAGIAN
DARIPADA IMAN"

Berdasarkan ayat ini...hamba jadikannya sebagai salah satu daripada prinsip hidup ini dalam mengharungi segala onak duri di jalan yang berliku dalam mencapai keredhoaan Allah di muka bumi ini.Berasaskan ayat ini juga lah hamba bejaya mengharungi badai persahabatan yang melanda kepada setiap manusia yang hidup di muka bumi ini hatta haiwan juga mempunyai sifat persahabatan diantara satu sama lain dengan dibuktikan melalui kerjasama mereka dalam menjaga keharmonian di habitat mereka.Disini bukanlah haiwan itu dijadikan subjek tetapi insan atau manusia itu sendiri dalam menilai erti persahabatan diantara satu sama lain.Selama 5 tahun tinggal di sekolah berasrama yang berasaskan -Ulama' Warasatul Anbiya'-,hamba mula mengenal erti persahabatan yang sebenar yang disingkap melalui tarbiyah yang diberikan oleh setiap guru yang diibaratkan sebagai 'Guru Ibarat Lilin Yang Sanggup Membakar Diri Demi Masa Depan Generasi Akan Datang'.

"SAHABAT",perkataan yang dianggap bermakna bagi insan yang mempunyai seorang sahabat disisi mereka kerana sahabat itu sendiri membawa erti yang besar iaitu insan yang mengajak kita kearah kebenaran dan memimpin tangan kita ke Syurga.Sahabat senantiasa berada disisi kita tidak kira ketika kita sedang tersenyum mahupun ketika kita sedang menangis.Hamba disekolah ketika berada di tingkatan 1 adalah seorang yang berprofil rendah dan senantiasa keseorangan tanpa mempunyai Sahabat sebagai teman berkongsi masalah dan berseronok.Tetapi hamba tetap bersyukur kerana di tingkatan 2 akhirnya hamba mendapat Sahabat bermula dari seorang hinggalah kesemua diantara kami menjadi Sahabat.Hamba mula mengenal erti persahabatan yang sebenar melalui seorang Sahabat iaitu Salim Rushdan Bin Rosli.-Syukran ya Akhi-

Lumrah kehidupan apabila ada kesenangan atau keselesaan,pasti disebaliknya turut serta sedikit kesusahan yang diuji oleh Yang Maha Pencipta kerana insan yang diuji itu masih diberi keredhaan oleh Allah dalam menguji sejauh manakah keimanan dan ketaqwaan kita kepada Nya.Hamba turut tidak terlepas dalam diuji oleh Allah ketika bersahabat seperti perselisihan faham atau terdapat sedikit jurang pemisah diantara kami contohnya golongan yang berbaju nila dan yang berbaju clorox tetapi pada hakikatnya kami saling sayang-menyayangi diantara satu sama lain.Hamba sering berada di dalam dilema apabila menghadapi masalah diantara Sahabat hamba dengan hamba sendiri atau Sahabat yang lain.

Sebagai seorang yang sering goyah imannya,hamba memanjatkan setinggi kesyukuran kepada Nya kerana mengurniakan Sahabat yang sering menasihati dan mengajak hamba kearah KEBENARAN.Walaupun hamba sering tidak mengendahkan nasihat mereka,Sahabat hamba tidak pernah walau sekali berputus asa dalam memimpin tangan ini ke Syurga.Mungkin sampai disini sahaja coretan untuk kali ini dan JAZAKALLAH YA SAHABAT




SAHABAT

p/s:*guner hamba coz kiter sbgi hamba kpd y MAHA ESA



Wednesday, March 4, 2009

MALAM AMAL PALESTIN

Assalamualaikum sumer.....sory r lme x update...bz skit skunk...nie un cri time skit...hehe....d cnie ader 1 pemberitahuan umum psk matri(ma best skul.:P....pd tnggal 15 Rabiulawal 1430H bersmaan ngan tarikh 12 Mac 2009 insya'allah akan d'adakan 1 acara y gilang gmilang di turf hoki matri(ader ker turf??rasenyer matri juz ader pdang hoki jer)atau jika terdapat problem y x dapat dielakkan,program akan d'alihkan ke dataran matri y luas.hehehe....acara ini akan berlangsung susainyer solah Isyak b'jemaah di musolla matri....warga sek.menengah seluruh Perlis trut d'jmput hadir u memeriahkan lg program ini....jap2...akux gi tau kat korng gi an per dyer nyer nmer program ek....k2...program ini d'beri name MALAM AMAL UNTUKMU PALESTIN dan temanya ialah "Bersatu untuk Palestina!"....Objektif program ini diadakan adalah utk sebarkan kesedaran tentang Palestin dngn lbih kreatif kpd msyrkt dan warga matri.objektif ke-2 mlm amal untukmu palestin ini ialah membuka ruang kpd warga matri utk berkongsi perasaan dgn msyrkt luar perihal palestin.Program ini bukanlah semata2 utk mencari publisiti murahan,tetapi disebaliknya terselindung makna y signifikan kerana isu Palestin merupakan isu Aqidah,isu mas'uliyah assasiyah(tanggungjawab bersama) dan isu kemanusiaan y menjadi pengukur sejauh mana letaknya kita di sisi Allah S.W.T.
Antara aktiviti2 y diadakan ialah seperti pemberian tazkirah drpd Ustaz Ahmad Muhtad,jualan amal palestin,pementasan puisidra y dilakonkan oleh pelajar matri,pertandingan drama,penulisan puisi,deklamasi puisi,poster,kain rentang,lafaz ikrar dan pameran serta tayangan multimedia.Itulah serba sikit y boleh aq khabarkan.Kalo korng nak tau ngan lbih lanjut....pakat mai r ramai2 ke matri,Perlis.Untuk maklumat y lbih lanjut...leh r hubungi ke nombor ini..+6049381155 @ +6049382469 @ layari laman web berikut...matri.edu.my @matri_perlis@yahoo.com @ www.matri.edu.my....kpd sesaper y nak mai..leh r ke alamat seperti berikut...Ma'had at-Tarbiyah al-Islamiyah(MATRI) Perkampungan Tunjung,02400 Beseri,Perlis.

Rasulullah ada bersabda,"Sentiasa ada sekelompok dari umatku yang sentiasa berjuang bersama-sama kebenaran,mencabar dan menentang musuh-musuh mereka.Musuh-musuh mereka tidak dapat memberi mudarat kepada mereka sehingga Allah menjatuhkan keputusannya.Mereka tetap sedemikian."Maka para sahabat bertanya,"Dimanakah mereka?".Jawab Rasulullah,"Di Baitul Maqdis dan sekitarnya."