timez is running out...

whosz...??

Free Web Counters
Free Counter

Thursday, October 29, 2009

-TANGGUNGJAWAB INSAN YANG BERIMAN-

"Sesiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka dia hendaklah menegah kemungkaran itu dengan tangannya, iaitu kuasanya. Jika tidak mampu, hendaklah ditegah dengan lidahnya. Kemudian kalau tidak mampu juga, hendaklah ditegah dengan hatinya. itilah selemah-le\mah IMAN"

Orang Islam hendaklah mempunyai tanggungjawab terhadap kaum muslimin, persekitaran dan alam ciptaan Allah Subhanahu wa Ta'ala ini. Tanggungjawab yang dimaksudkan ialah: Apabila melihat suatu kemungkaran, penganiayaan dan sebagainya maka hendaklah ia mengambil inisiatif untuk menghalang atau menghentikannya.

1. Mengubah atau menghalang kerosakan dan kezaliman dengan kekuatan hanya dapat
dilakukan oleh yang lebih kuat dari orang yang melakukan kemungkaran itu. Maka, orang
selalu menafsirkan cara ini hanya sesuai dilaksanakan oleh insan yang berkuasa dan kental
jiwanya.

2. Mengubah atau menghalang dengan kata-kata (lisan) pun tidak semua orang mampu
melakukannyadapat. Cara ini tentu hanya dapat dilakukan oleh orang yang mempunyai ilmu
pengetahuan dan keupayaan bercakap tentang perkara yang berlaku. Maka, orang sering
mengatakan cara dan pendekatan ini lebih sesuai dilaksanakan oleh alim ulama, cerdik
pandai dan orang-orang bijaksana.

3. Berdiam diri sambil membenci keadaan yang berlaku adalah pendekatan yang paling rendah
dan lemah. Namun, ini juga mendatangkan pahala, walaupun tidak sama dengan pahala yang
pertama dan yang kedua. Justeru, cara ketiga ini disebut oleh Rasulullah S.A.W sebagai cara
yang dilakukan oleh orang yang lemah IMANnya.

7 DOSA BESAR:-
1. Menyekutukan Allah
2. Melakukan sihir
3. Membunuh orang
4. Memakan harta anak yatim
5. Memakan hasil riba
6. Lari dari tengah-tengah pertempuran
7. Menuduh wanita baik-baik berzina

No comments: