timez is running out...

whosz...??

Free Web Counters
Free Counter

Tuesday, August 18, 2009

KELUHAN SEORANG STUDENT..T_T

Assalamualaikum..hmm...
lmer tol dh x update blog nie...
kali nie nyer post mungkin perconal ckit..
juz nk luah kan per y terbuku kat aty nie slamer hamba jd ostel student in 5 years nie..

"SABAR ITU SEBAHAGIAN
DARIPADA IMAN"

Berdasarkan ayat ini...hamba jadikannya sebagai salah satu daripada prinsip hidup ini dalam mengharungi segala onak duri di jalan yang berliku dalam mencapai keredhoaan Allah di muka bumi ini.Berasaskan ayat ini juga lah hamba bejaya mengharungi badai persahabatan yang melanda kepada setiap manusia yang hidup di muka bumi ini hatta haiwan juga mempunyai sifat persahabatan diantara satu sama lain dengan dibuktikan melalui kerjasama mereka dalam menjaga keharmonian di habitat mereka.Disini bukanlah haiwan itu dijadikan subjek tetapi insan atau manusia itu sendiri dalam menilai erti persahabatan diantara satu sama lain.Selama 5 tahun tinggal di sekolah berasrama yang berasaskan -Ulama' Warasatul Anbiya'-,hamba mula mengenal erti persahabatan yang sebenar yang disingkap melalui tarbiyah yang diberikan oleh setiap guru yang diibaratkan sebagai 'Guru Ibarat Lilin Yang Sanggup Membakar Diri Demi Masa Depan Generasi Akan Datang'.

"SAHABAT",perkataan yang dianggap bermakna bagi insan yang mempunyai seorang sahabat disisi mereka kerana sahabat itu sendiri membawa erti yang besar iaitu insan yang mengajak kita kearah kebenaran dan memimpin tangan kita ke Syurga.Sahabat senantiasa berada disisi kita tidak kira ketika kita sedang tersenyum mahupun ketika kita sedang menangis.Hamba disekolah ketika berada di tingkatan 1 adalah seorang yang berprofil rendah dan senantiasa keseorangan tanpa mempunyai Sahabat sebagai teman berkongsi masalah dan berseronok.Tetapi hamba tetap bersyukur kerana di tingkatan 2 akhirnya hamba mendapat Sahabat bermula dari seorang hinggalah kesemua diantara kami menjadi Sahabat.Hamba mula mengenal erti persahabatan yang sebenar melalui seorang Sahabat iaitu Salim Rushdan Bin Rosli.-Syukran ya Akhi-

Lumrah kehidupan apabila ada kesenangan atau keselesaan,pasti disebaliknya turut serta sedikit kesusahan yang diuji oleh Yang Maha Pencipta kerana insan yang diuji itu masih diberi keredhaan oleh Allah dalam menguji sejauh manakah keimanan dan ketaqwaan kita kepada Nya.Hamba turut tidak terlepas dalam diuji oleh Allah ketika bersahabat seperti perselisihan faham atau terdapat sedikit jurang pemisah diantara kami contohnya golongan yang berbaju nila dan yang berbaju clorox tetapi pada hakikatnya kami saling sayang-menyayangi diantara satu sama lain.Hamba sering berada di dalam dilema apabila menghadapi masalah diantara Sahabat hamba dengan hamba sendiri atau Sahabat yang lain.

Sebagai seorang yang sering goyah imannya,hamba memanjatkan setinggi kesyukuran kepada Nya kerana mengurniakan Sahabat yang sering menasihati dan mengajak hamba kearah KEBENARAN.Walaupun hamba sering tidak mengendahkan nasihat mereka,Sahabat hamba tidak pernah walau sekali berputus asa dalam memimpin tangan ini ke Syurga.Mungkin sampai disini sahaja coretan untuk kali ini dan JAZAKALLAH YA SAHABAT




SAHABAT

p/s:*guner hamba coz kiter sbgi hamba kpd y MAHA ESA



No comments: