timez is running out...

whosz...??

Free Web Counters
Free Counter

Monday, August 31, 2009

MERDEKA!

Assalamualaikum sumer..
per kabor n shat x sumer....
Ary nie adlh ary y brsejarah...ALHAMDULILLAH..yaayyy..MERDEKA.!!
tnggl 31 ogos 1957 detik bersejarah dimana Tunku Abdul Rahman telah melaungkan MERDEKA sbnyk 7 kali sbgi tanda bahwa negara kita sudah bebas drpd jajahan barat dngn rasminya.Taun nie kter smbut ary kmerdekaan dngn pnuh kesyukuran coz taun nie kter smbut dlm bulan RAMADHAN yang penuh dngn keberkatan nie..
Disini ingin hamba bertanya kepada sahabat n sahibah sekalian..apakah erti sebenar kemerdekaan disisi ISLAM?..Bagi kiter y memahami ISLAM sepatutnya memahami erti kemerdekaan dari sudut pandangan Islam....Mari kiter renungkan satu sirah RASULULLAH S.A.W ketika peristiwa pembukaan kota Mekah..

Peristiwa ini berlaku apabila Rasulullah mendapat wahyu drpd Allah untuk pulang ke Mekah dan membebaskan Mekah drpd orang kafir Quraish..Rasulullah beserta para sahabat baginda telah dan segerombolan muhajirin dan ansr ke Mekah untuk menunaikan Haji.Tetapi berlaku satu peristiwa y menyebabkan umat Islam telah mengepung Mekah dari setiap penjuru dan masuk ke Mekah secara serentak.Umat Islam tidak mendapat tentangan langsung daripada orang kafir Quraish dan masuk secara mudah.Umat Islam msuk ke Mekah dengan penuh tawadu' dan bersyukur kepada Allah kerana akhirnya Islam telah diterima di Mekah.Rasulullah telah mengarahkan kepada semua umat Islam untuk menghancurkan semua berhala yang ada disekeliling Ka'bah.Rasulullah juga telah mengampunkan segala dosa penduduk kafir Mekah yang telah menganiaya Rasulullah suatu ketika dahulu.

Daripada sirah tersebut..dapat lah kita mengambil sedikit iktibar dan pengajaran yang dapat diterapkan dalam kehidupan kita seprti menyambut hari kebebasan kota Mekah dengan penuh tawadu' dan syukur kepada Yang Maha ESA.Dengan itu,hamba menyeru kepada semua untuk menyambut hari y bersejarah bg negara MALAYSIA dengan rasa penuh kesyukuran Allah kerana masih lagi diberikan kesejahteraan dan keamanan kepada MALAYSIA.
Mungkin itu sahaja tinta pesanan yang dapat dikongsikan bersama pada petang yang berbahagia ini.Assalamualaikum.

No comments: