timez is running out...

whosz...??

Free Web Counters
Free Counter

Tuesday, December 1, 2009

KaeDaH MeraiH KEBAHAGIAAN

Bersabarlah, kerana sesungguhnya Allah
akan mengiringi kesusahan dengan kemudahan
Mudah-mudahan kesusahan itu akan lenyap segera...Insya'Allah..

"Kehidupan yang bahagia adalah seni keindahan yang memiliki pelbagai kaedah, antaranya:
1. Melakukan pekerjaan yang anda sukai. bila pekerjaan yang anda sukai itu sukar diperolehi, maka isikanlah hobi anda pada saat-saat waktu terluang.

2. Perhatikanlah kesihatan fizikal, kerana sesungguhnya kesihatan fizikal adalah jiwa kebahagiaan, iaitu dengan mengatur rutin makan dan minum tanpa berlebihan, membiasakan olahraga dan menjauhi kebiasaan buruk dan merugikan.

3. Harus memiliki tujuan dalam hidup, kerana itu yang akan membuatnya bersemangat.

4. Menjalani kehidupan apa adanya dan menerima baik yang manis mahupun yang pahit dengan hati yang lapang dan ikhlas.

5. Hayati hidup yang sedang dijalani; jangan menyesali hal yang sudah berlalu; dan jangan pula memusingkan hari esok yang belum tiba.

6. Hendaklah selalu berfikir dalam kerja dan mengambil keputusan yang terbaik. Jangan menyalahkan orang lain atas keputusan-keputusan anda dan atas sesuatu yang kadangkala menimpa anda.

7. Sentiasa memandang orang yang berada di bawah anda.

8. Biasakanlah diri anda untuk murah dengan senyuman, berjiwa periang dan berteman dengan orang-orang yang optimis dan memiliki ketaqwaan kepada Allah.

9. Membantu orang lain dalam kebahagiaan agar mendapatkan harumnya kebahagiaan daripadanya.

10. Pergunakanlah berbagai kesempatan yang cerah lagi indah dan anggaplah itu sebagai terminal yang sangat penting untuk kebahagiaan

"NIKMATILAH HARIMU DAN BERSUNGGUH-SUNGGUHLAH.
CARILAH SESUATU YANG DAPAT MENCERAHKAN PENDERITAAN
SEBELUM PENDERITAAN ITU DATANG MENYERANGMU."

No comments: