timez is running out...

whosz...??

Free Web Counters
Free Counter

Monday, December 28, 2009

T_T..WaRkaH teRakHiR..

Assalamualaikum...dah lamer x on9 n update blog nie...4 some reason..
aq terpaksa banyak kali gak rr tangguh nak update blog nie...

Tahun 2009 masih tinggal 2 hari saja lagi untuk dinikmati kita bersama...kerana selepas ini tidak munggkin kita akan lalui 2009 yang sama sekali lagi....not a chance 4 us 2 get it....

Tahun ini merupakan tahun yang aq sendiri lalui dengan penuh suka dan duka samada bersendirian ataupun bersama sahabat2 seperjuangan yang lain....memori ku 2009..:-

Pada bulan 4/09..seorang murabbiku telah meninggal kan generasi ke-15 buat selama-lamanya
bagi meneruskan perjuangan mencapai cita-cita kami sendiri dan juga impian beliau sendiri.
Kami generasi ke-15 MA'HAD ATTARBIYAH AL-ISLAMIYAH berjanji kepada beliau untuk terus berpegang teguh dengan segala apa yang telah dicurahkan oleh beliau.
AL-FATIHAH buat allahyarhamah UMI HALIMATON.


Pada bulan 7/09..generasi ke-15 sekali lagi dikejutkan dengan berita kehilangan seorang lagi murabbi buat selama-lamanya dan turut meninggalkan amanat yang berat untuk dipikul oleh kami generasi 15.Beliau meninggalkan kami dengan keadaan yang masih memikirkan tentang pelajaran dan keadaan kami.Insya'allah kami akan sentiasa memperjuangkan amanat yang telah diberi.
AL-FATIHAH buat allahyarham SIR GHAZALI.

Pada bulan 8/09..aq telah dikejutkan pula dengan berita kematian nenek saudaraku y telah aq anggap seperti nenek sendiri kerana beliau telah bersusah payah menjagaku ketika kecil.Aq akan sentiasa berada bersama beliau ketika abah dan umi ku pergi berjuang mecari rezeki buat keluarga.Beliau telah menjaga aq seperti mana beliau menjaga anak beliau sendiri.Aq akan sentiasa mengingati segala pengorbanan beliau kepadaku.Selamat tinggal dan assalamualaikum ku ucapkan buat kali terakhir.T_T

Satu-satu nya memori indah pada tahun 2009 ini.Pada tanggal 20/09/2009,semua umat ISLAM menyambut hari lebaran dan sudah tentu aq juga.Tapi aq raikan lebih ckit sebab malam raya pertama aq disurprise an oleh sumer ahli family besar aq dengan menyambut ary ulang tahun kelahiranku yang ke-17.^_^.Aq sangat bersyukor kepada Mu Ya ALLAH kerana masih memberikan kepadaku nikmat kehidupan untuk dirasai.

Pada bulan 11/09..aq telah melalui saat2 perjuangan untuk menentukan masa depanku.Aq telah tempuhinya dengan sahabat-sahabat seperjuangan ku iaitu kelahiran 1992 dan juga kepada yang lompat tahun dan turun tahun.Pada ketika ini juga aq merasai buat pertama kali menyambut hari raya di sekolah dan berjauhan daripada keluarga.Aq memulakan SPM ini dengan kertas Bahasa Melayu dan diakhiri dengan kertas Pendidikan Syariah Islamiyah.


Akhirnya tahun 2009 telah pun berakhir dan dengan rasmi nya juga tamat sudah zaman persekolahan buatku.Aq akan pasti merindui saat-saat alam persekolahan meskipun dahulu aq sentiasa merasa kebosanan..hehe..>.<..diharap aq tidak akan melupakan semua sahabat-sahabat seperjuangan ku dan juga yang mengenali MUHAMMAD AIZAT NOR AZMI ini.Sekian buat tahun 2009..Assalamualaikum dan adiyos..

p/s:warkah terakhir bkn mksod nyer dh nk off blog nie...juz kata2 trakhir wat 2009.>.<

Tuesday, December 15, 2009

Tuesday, December 1, 2009

KaeDaH MeraiH KEBAHAGIAAN

Bersabarlah, kerana sesungguhnya Allah
akan mengiringi kesusahan dengan kemudahan
Mudah-mudahan kesusahan itu akan lenyap segera...Insya'Allah..

"Kehidupan yang bahagia adalah seni keindahan yang memiliki pelbagai kaedah, antaranya:
1. Melakukan pekerjaan yang anda sukai. bila pekerjaan yang anda sukai itu sukar diperolehi, maka isikanlah hobi anda pada saat-saat waktu terluang.

2. Perhatikanlah kesihatan fizikal, kerana sesungguhnya kesihatan fizikal adalah jiwa kebahagiaan, iaitu dengan mengatur rutin makan dan minum tanpa berlebihan, membiasakan olahraga dan menjauhi kebiasaan buruk dan merugikan.

3. Harus memiliki tujuan dalam hidup, kerana itu yang akan membuatnya bersemangat.

4. Menjalani kehidupan apa adanya dan menerima baik yang manis mahupun yang pahit dengan hati yang lapang dan ikhlas.

5. Hayati hidup yang sedang dijalani; jangan menyesali hal yang sudah berlalu; dan jangan pula memusingkan hari esok yang belum tiba.

6. Hendaklah selalu berfikir dalam kerja dan mengambil keputusan yang terbaik. Jangan menyalahkan orang lain atas keputusan-keputusan anda dan atas sesuatu yang kadangkala menimpa anda.

7. Sentiasa memandang orang yang berada di bawah anda.

8. Biasakanlah diri anda untuk murah dengan senyuman, berjiwa periang dan berteman dengan orang-orang yang optimis dan memiliki ketaqwaan kepada Allah.

9. Membantu orang lain dalam kebahagiaan agar mendapatkan harumnya kebahagiaan daripadanya.

10. Pergunakanlah berbagai kesempatan yang cerah lagi indah dan anggaplah itu sebagai terminal yang sangat penting untuk kebahagiaan

"NIKMATILAH HARIMU DAN BERSUNGGUH-SUNGGUHLAH.
CARILAH SESUATU YANG DAPAT MENCERAHKAN PENDERITAAN
SEBELUM PENDERITAAN ITU DATANG MENYERANGMU."