timez is running out...

whosz...??

Free Web Counters
Free Counter

Thursday, October 29, 2009

-TANGGUNGJAWAB INSAN YANG BERIMAN-

"Sesiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka dia hendaklah menegah kemungkaran itu dengan tangannya, iaitu kuasanya. Jika tidak mampu, hendaklah ditegah dengan lidahnya. Kemudian kalau tidak mampu juga, hendaklah ditegah dengan hatinya. itilah selemah-le\mah IMAN"

Orang Islam hendaklah mempunyai tanggungjawab terhadap kaum muslimin, persekitaran dan alam ciptaan Allah Subhanahu wa Ta'ala ini. Tanggungjawab yang dimaksudkan ialah: Apabila melihat suatu kemungkaran, penganiayaan dan sebagainya maka hendaklah ia mengambil inisiatif untuk menghalang atau menghentikannya.

1. Mengubah atau menghalang kerosakan dan kezaliman dengan kekuatan hanya dapat
dilakukan oleh yang lebih kuat dari orang yang melakukan kemungkaran itu. Maka, orang
selalu menafsirkan cara ini hanya sesuai dilaksanakan oleh insan yang berkuasa dan kental
jiwanya.

2. Mengubah atau menghalang dengan kata-kata (lisan) pun tidak semua orang mampu
melakukannyadapat. Cara ini tentu hanya dapat dilakukan oleh orang yang mempunyai ilmu
pengetahuan dan keupayaan bercakap tentang perkara yang berlaku. Maka, orang sering
mengatakan cara dan pendekatan ini lebih sesuai dilaksanakan oleh alim ulama, cerdik
pandai dan orang-orang bijaksana.

3. Berdiam diri sambil membenci keadaan yang berlaku adalah pendekatan yang paling rendah
dan lemah. Namun, ini juga mendatangkan pahala, walaupun tidak sama dengan pahala yang
pertama dan yang kedua. Justeru, cara ketiga ini disebut oleh Rasulullah S.A.W sebagai cara
yang dilakukan oleh orang yang lemah IMANnya.

7 DOSA BESAR:-
1. Menyekutukan Allah
2. Melakukan sihir
3. Membunuh orang
4. Memakan harta anak yatim
5. Memakan hasil riba
6. Lari dari tengah-tengah pertempuran
7. Menuduh wanita baik-baik berzina

Thursday, October 22, 2009

"KeJaYaaN pERLu Ku KeCaPi"

Assalamualaikum...

-SPM 2009-

Setiap insan menginginkan KEJAYAAN yang CEMERLANG buat diri mereka termasuklah aku..tiap hari pasti ada badai yang melanda diriku namun aku akan tetap menjadi INSAN YANG TABAH bagi menempuh badai ini..aku tidak akan pernah luntur dan patah semangat dek kekalutan duniawi..semangat yang kental perlu ku sematkan dalam diri bagi menangkis segala permasalahan yang mendatang...Lantaran itu, sahabat amat bermakna buat diriku untuk memberi dorongan dan semangat agar aku senantiasa BERUSAHA dengan gigih bagi meraih KEJAYAAN yang CEMERLANG..moga 1 hari nanti aku menjadi INSAN yang CEMERLANG dalam semua aspek(mulia rohani,baik jasmani)..KEJAYAAN amat bermakna buat diriku dan hadiah paling berharga buat ummi dan abah yang banyak berkorban untuk aku...............

Sahabat-sahabat.......Nabi Bersabda yang bermaksud:
" Barang siapa yang inginkan kejayaan di dunia, hendaklah dia BERILMU. Barang siapa yang inginkan kejayaan di akhirat, hendaklah dia BERILMU. Dan barang siapa yang inginkan kejayaan di dunia dan di akhirat, hendaklah dia BERILMU"

Buat sahabat-sahabat seperjuangan sama-samalah kita berjuang bagi mengecapi KEJAYAAN yang cemerlang...!!!

Ku titipkan rahsia disebalik nama ku bagi mencapai kejayaan....
A : AMANAH dalam setiap perkara yang ku lakukan
I : IKHLAS & ISTIQAMAH ketika menuntut ilmu dan beribadah
Z : ZUHUD dalam semua perkara
A : AKAL YANG CERDIK ketika menimba ilmu
T : TAWAKAL & DOA perkara terakhir ku lakukan setelah berusaha....

"DOA SENJATA UMAT ISLAM"

Ibn Abbas r.a. meriwayatkan:
" Peliharalah Allah, kamu akan mendapati-Nya di hadapanmu. Apabila kamu meminta sesuatu, mintalah daripada Allah dan apabila kamu meminta pertolongan maka mintalah daripada Allah dan ketahuilah sesungguhnya jika seluruh umat berkumpul untuk memberi manfaat kepadamu dengan sesuatu, mereka tidak dapat memberi manfaat apa-apa pun melainkan dengan apa yang telah ditulis (ditetapkan) oleh Allah untukmu dan sekiranya mereka berkumpul untuk memudaratkanmu dengan sesuatu apa pun, mereka tidak dapat memudaratkanmu melainkan dengan apa yang telah ditulis oleh Allah S.W.T "