timez is running out...

whosz...??

Free Web Counters
Free Counter

Monday, August 31, 2009

MATRI

Assalamualaikum...tmbhn post u ary nie adlh mngenai saat2 yang makin singkat untuk hamba pulang ke pusat tarbiyah kembali..hamba rasa sdih ada,gembira pon ada..Hamba sdih sebab x puas lagi rasenyer melalui bulan Ramadhan ini bersama keluarga tercinta dan hamba berasa gembira pula disebabkan tidak sabar rasanya untuk pulang ke MATRI untuk bertemu kembali sahabat seperjuangan dan juga tidak sabar untuk menerima kembali tarbiyah y diberikan oleh para pendidik di MATRI.^_^
Hamba akan bertolak dari Kuala Lumpur dengan menaiki bas transional bersama dengan seorang lagi sahabat hamba,Izzat Sabri tepat pada pukul 11 malam dari stesen hentian Duta dan akan tiba di hentian Kangar pada keesokan harinya dan akan bersahur di perhentian R&R ketika dalam perjalanan.Mnkin coretan ini adalah yang terakhir sebelum hamba pulang ke MATRI dan Insya'allah akan disambung kembali pada cuti akan datang iaitu ketika umat Islam hendak menyambut hari kemenangan iaitu Hari Raya Aidilfitri.Moga sahabat dan sahibah sekalian sentiasa ingat pada Yang Maha Esa dan senantiasalah bermuhasabah kembali diri ini.Salam sayang untuk semua dan mintak doa kan hamba supaya berjaya di dunia dan akhirat dalam menempuh segala ujian Allah.adios.Assalamualaikum Warahmatullah.

MERDEKA!

Assalamualaikum sumer..
per kabor n shat x sumer....
Ary nie adlh ary y brsejarah...ALHAMDULILLAH..yaayyy..MERDEKA.!!
tnggl 31 ogos 1957 detik bersejarah dimana Tunku Abdul Rahman telah melaungkan MERDEKA sbnyk 7 kali sbgi tanda bahwa negara kita sudah bebas drpd jajahan barat dngn rasminya.Taun nie kter smbut ary kmerdekaan dngn pnuh kesyukuran coz taun nie kter smbut dlm bulan RAMADHAN yang penuh dngn keberkatan nie..
Disini ingin hamba bertanya kepada sahabat n sahibah sekalian..apakah erti sebenar kemerdekaan disisi ISLAM?..Bagi kiter y memahami ISLAM sepatutnya memahami erti kemerdekaan dari sudut pandangan Islam....Mari kiter renungkan satu sirah RASULULLAH S.A.W ketika peristiwa pembukaan kota Mekah..

Peristiwa ini berlaku apabila Rasulullah mendapat wahyu drpd Allah untuk pulang ke Mekah dan membebaskan Mekah drpd orang kafir Quraish..Rasulullah beserta para sahabat baginda telah dan segerombolan muhajirin dan ansr ke Mekah untuk menunaikan Haji.Tetapi berlaku satu peristiwa y menyebabkan umat Islam telah mengepung Mekah dari setiap penjuru dan masuk ke Mekah secara serentak.Umat Islam tidak mendapat tentangan langsung daripada orang kafir Quraish dan masuk secara mudah.Umat Islam msuk ke Mekah dengan penuh tawadu' dan bersyukur kepada Allah kerana akhirnya Islam telah diterima di Mekah.Rasulullah telah mengarahkan kepada semua umat Islam untuk menghancurkan semua berhala yang ada disekeliling Ka'bah.Rasulullah juga telah mengampunkan segala dosa penduduk kafir Mekah yang telah menganiaya Rasulullah suatu ketika dahulu.

Daripada sirah tersebut..dapat lah kita mengambil sedikit iktibar dan pengajaran yang dapat diterapkan dalam kehidupan kita seprti menyambut hari kebebasan kota Mekah dengan penuh tawadu' dan syukur kepada Yang Maha ESA.Dengan itu,hamba menyeru kepada semua untuk menyambut hari y bersejarah bg negara MALAYSIA dengan rasa penuh kesyukuran Allah kerana masih lagi diberikan kesejahteraan dan keamanan kepada MALAYSIA.
Mungkin itu sahaja tinta pesanan yang dapat dikongsikan bersama pada petang yang berbahagia ini.Assalamualaikum.

Thursday, August 20, 2009

upDateZ

Assalamualaikum sumer...
insanyangikhlas.blogspot sdang di access n updatez.
mntk maap di atas sbrng kesulitan yang d'hadapi.
Ceria slalu k..n senantiasalah mnjadi seorang
INSAN YANG IKHLAS

Wednesday, August 19, 2009

HARI INI

Assalamualaikum...
Sempena pada cuti kali..
ingin ana berkongsi sedikit pengalaman..

Pengalaman Menempuhi
Percubaan SPM

Selama 3 minngu yang lepas..ana telah menempuhi ujian dunia yang menguji manusia dalam erti mencari ilmu sebagai penerang jalan menuju kejayaan dunia dan akhirat.Hari pertama trial adalah hari yang paling memecah kan otak ana sebagai pelajar yang mengambil mata pelajaran BAHASA ARAB TINGGI sebagai salah satu daripada subjek wajib yang perlu dipelajari di sekolah MATRI.Bahasa Arab pada hakikatnya mudah dipelajari...tetapi bagi ana..menjadi satu masalah ketika menjawab soalan kerana tidak faham dengan apa yang di soalkan..hehe..Y_Y
(mntk saper y terer BA leh r ajar ek)


Hari2 berikut nya ana lalui dengan bertawakal kepada ALLAH selepas berusaha..(tapi ana usaha skit jer..)..Kertas terakhir yang ana duduki bagi trial SPM ini adalah sujek feveret tapi terdapat sedikit kesulitan ketika menjawab..hehe..tau subjek per...FIZIK pada tarikh 17/8/2009 dan pada petang itu juga ana terus pulang ke KL dengan menaiki tren(sbb x thn dh..hehe)..

Ok..habis pasal trial..kiter msuk lak plan tok cuti kali nie...

Ana bercadang untuk mengadakan reunion bersama teman2 seperjuangan ketika di sekolah rendah agama dahulu bersama Ustazah tersayang iaitu Ustazah Nor Diana..(x der gmbr.sory.).Ana bercadang untuk membuat program berbuka puasa bersama2 untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara kami kerana sudah 5 tahun berpisah membawa haluan masing2 menuntut ilmu.

Nie baru plan n x sure lg jd ke x..hehe..harap2 jd r ek..Doa kan bersama ek..

p/s:puasa pd hari sab2 nie dngn tarikh 22/8/2009 kalo x slap.Mari berdoa..
Allahumma bariklana fi rejab wa syaban wa balighna ramadha.
(mntk ampun kalo slap eja)

Ok..moga brada dlm keadaan shat2 slalu..
Assalamualaikum.


Tuesday, August 18, 2009

KELUHAN SEORANG STUDENT..T_T

Assalamualaikum..hmm...
lmer tol dh x update blog nie...
kali nie nyer post mungkin perconal ckit..
juz nk luah kan per y terbuku kat aty nie slamer hamba jd ostel student in 5 years nie..

"SABAR ITU SEBAHAGIAN
DARIPADA IMAN"

Berdasarkan ayat ini...hamba jadikannya sebagai salah satu daripada prinsip hidup ini dalam mengharungi segala onak duri di jalan yang berliku dalam mencapai keredhoaan Allah di muka bumi ini.Berasaskan ayat ini juga lah hamba bejaya mengharungi badai persahabatan yang melanda kepada setiap manusia yang hidup di muka bumi ini hatta haiwan juga mempunyai sifat persahabatan diantara satu sama lain dengan dibuktikan melalui kerjasama mereka dalam menjaga keharmonian di habitat mereka.Disini bukanlah haiwan itu dijadikan subjek tetapi insan atau manusia itu sendiri dalam menilai erti persahabatan diantara satu sama lain.Selama 5 tahun tinggal di sekolah berasrama yang berasaskan -Ulama' Warasatul Anbiya'-,hamba mula mengenal erti persahabatan yang sebenar yang disingkap melalui tarbiyah yang diberikan oleh setiap guru yang diibaratkan sebagai 'Guru Ibarat Lilin Yang Sanggup Membakar Diri Demi Masa Depan Generasi Akan Datang'.

"SAHABAT",perkataan yang dianggap bermakna bagi insan yang mempunyai seorang sahabat disisi mereka kerana sahabat itu sendiri membawa erti yang besar iaitu insan yang mengajak kita kearah kebenaran dan memimpin tangan kita ke Syurga.Sahabat senantiasa berada disisi kita tidak kira ketika kita sedang tersenyum mahupun ketika kita sedang menangis.Hamba disekolah ketika berada di tingkatan 1 adalah seorang yang berprofil rendah dan senantiasa keseorangan tanpa mempunyai Sahabat sebagai teman berkongsi masalah dan berseronok.Tetapi hamba tetap bersyukur kerana di tingkatan 2 akhirnya hamba mendapat Sahabat bermula dari seorang hinggalah kesemua diantara kami menjadi Sahabat.Hamba mula mengenal erti persahabatan yang sebenar melalui seorang Sahabat iaitu Salim Rushdan Bin Rosli.-Syukran ya Akhi-

Lumrah kehidupan apabila ada kesenangan atau keselesaan,pasti disebaliknya turut serta sedikit kesusahan yang diuji oleh Yang Maha Pencipta kerana insan yang diuji itu masih diberi keredhaan oleh Allah dalam menguji sejauh manakah keimanan dan ketaqwaan kita kepada Nya.Hamba turut tidak terlepas dalam diuji oleh Allah ketika bersahabat seperti perselisihan faham atau terdapat sedikit jurang pemisah diantara kami contohnya golongan yang berbaju nila dan yang berbaju clorox tetapi pada hakikatnya kami saling sayang-menyayangi diantara satu sama lain.Hamba sering berada di dalam dilema apabila menghadapi masalah diantara Sahabat hamba dengan hamba sendiri atau Sahabat yang lain.

Sebagai seorang yang sering goyah imannya,hamba memanjatkan setinggi kesyukuran kepada Nya kerana mengurniakan Sahabat yang sering menasihati dan mengajak hamba kearah KEBENARAN.Walaupun hamba sering tidak mengendahkan nasihat mereka,Sahabat hamba tidak pernah walau sekali berputus asa dalam memimpin tangan ini ke Syurga.Mungkin sampai disini sahaja coretan untuk kali ini dan JAZAKALLAH YA SAHABAT




SAHABAT

p/s:*guner hamba coz kiter sbgi hamba kpd y MAHA ESA